Banyak orang yang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain.
Tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya adalah untuk mengubah diri sendiri.
Bila diri sendiri sukar diubah, apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?
Perjuangan Untuk Berubah
Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah, tetapi keadaannya belum membenarkannya untuk berubah.
Ada juga yang sudah mula untuk mengubah perangai negatifnya, mengubah sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya.
Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri.
Ada yang berubah secara mendadak dan ada juga yang berubah secara perlahan-lahan.
Ada
juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya, maksud hatinya
mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan
kata-kata sinis yang dihadapinya.
Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.
Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya freehair, sekarang berubah memakai tudung?
Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi rumah Allah?
kenapa?
Yang ingin saya sampaikan di sini adalah, kita harus “Menghargai” perjuangan Untuk Berubah dirinya, dengan memberikan kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya.
Berikan
sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri,
memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang
harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra.
Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus.
Mudah
untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat; mudah mencari
pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri;
mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah
menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah
untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?
Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?
Bila anda seorang pejuang, maka akan sangat mengerti erti sebuah pengorbanan. Bila anda adalah seorang yang senang berkorban, maka anda akan sangat mengerti erti menjadi ‘korban’ itu sendiri.
Apapun
pengorbanan dan perjuangan anda, semua itu tidak akan sia-sia. Dan
ingatlah, bila orang-orang masih sukar menerima anda, dari sudut lain,
pasti banyak yang menanti kebaikan anda.
Yang paling penting, Allah sentiasa menerima segala pengorbanan hambanya kearah kebaikan.
Itulah
adalah sebaik – sebaiknya, berubah kerana Allah. Ingat, Allah melihat
pada usaha yang dilakukan, bukan natijahnya.. yang penting usaha! :)
Bila
sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi,
jangan khuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda
menjadi sahabat, saudara, ataupun pasangan anda.
Jangan menyerah. Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah. kuatkan semangat perjuangan untuk berubah
Semoga
semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai
perjuangan kita untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai,
dan tenang..
Masa
lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan
memperbaiki diri kita yang sekarang. Tidak perlu dengar “apa kata orang”
tetapi dengarlah “apa kata hati kita sendiri”
Ingat, Allah melihat pada usaha yang dilakukan, bukan natijahnya..
sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/perjuangan-untuk-berubah/
0 komentar:
Posting Komentar